Viral

Wanita ini Enggan Lepaskan Adiknya Baru Kahwin, Berlaku Drama Air Mata Semasa Kenduri Tersebut

Dalam sesebuah keluarga, selain ibu bapa, adik beradik merupakan insan yang paling rapat dalam hidup kita.

Begitu juga dengan jejaka ini yang mana kakak sulvungnya menjadi tempat dia menumpang kasih selepas kem@tian ibu akibat kanser payudara pada tahun 2003.

Maka tidak hairanlah jika dua beradik itu cukup sebak dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung baru-baru ini.

Rakaman video melibatkan pengantin tersebut, Mohd Amaluddin, 24, yang sebak memelvuk kakaknya, Amy Fatimah, 36, menjadi tular di laman Twitter.

Malah, ramai netizen yang turut terbuai dengan emosi tatkala menyaksikan video itu sehingga ia kini menerima lebih 200,000 tontonan.

Mesra disapa Amaluddin, dia mengakui sebak apabila mengenangkan pengorbanan kakaknya setelah dia kehilangan ibu tercinta suatu ketika dahulu.

” Kakak banyak berkorban, dia besarkan kami enam beradik. Saya ni dah cukup nakal, degil, apatah lagi yang lain.

” Memang susah tapi dia banyak bantu ayah. Saya tak ada mak sejak kecil tapi dia buat saya rasa macam saya masih ada emak.

” Dia jaga saya, saya rasa macam kakak mak sendiri, dialah pengganti emak,” ujar Amaluddin .

Mengulas penularan video itu, Amaluddin berkata, semuanya berlaku secara spontan sejurus selesai majis perkahwinannya dengan pasangan Nor Azilah, 31, di Felda Lakum, Pahang, Sabtu lalu.

Jelas Amaluddin, rakaman itu diambil sewaktu ahli keluarga termasuk kakak sulungnya mahu berangkat pulang ke Johor.

Tengok kakak nangis, saya pun terus nangis
” Masa tu tengah salam, mungkin dia rasa sedih nak lepaskan adik dia pada orang lain. Bila tengok kakak nangis, saya pun automatik nangis.

” Kami memang rapat, ada masalah pun saya kongsi dengan dia. Semuanya spontan, mungkin sebab saya anak lelaki pertama dalam keluarga yang dah kahwin,” kata Amaluddin lagi.

Amaluddin yang bertugas sebagai krew penggambaran berkata, kakaknya yang sudah berkahwin dan memiliki lima cahaya mata merupakan pengusaha dan peniaga kuih muih tradisional di Pasir Gudang.

Malah, dia juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih terhadap wanita itu yang sudah banyak menabur jasa sepanjang dia dibesarkan.

” Kakak sulong selalu banyak persamaan dengan ibu …percayalah ..kalau ibu dah tak ada ..kakak suvlong la manusia yg paling iras ibu untuk hilangkan rasa rindu ..pengubat duka …peneman tawa .. dia akan menggantikan ibu..” komen seorang netizen

” Macam kawan sy ni..kakak yg besarkan dia sbb mak mninggal time umuvr dia 8 thun..smpai da branak pinak skg ni pnggil kakak sdri pun emak..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. kasutpuma.com

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top