Viral

[VIDEO] Tetiba Naik Seram Selepas Tonton Video Sikecil Di Depan Cermin ini

[VIDEO] Tetiba naik bulu roma lepas tonton video ini


Video yang telah diupload oleh nasrullah Napi di facebook ini.

Seorang bapa berpesan agar jangan biarkan anak bermain di hadapan cermin pada waktu malam.

Nasrullah Napi memuat naik status tersebut dalam Facebook miliknya susulan kejadian aneh terjadi ke atas anaknya sendiri.

“Jangan bagi anak main cermin malam-malam.

“Kalau tak ini lah jadinya,” tulisnya yang turut memuat naik rakaman video sebagai bukti.

Difahamkan, ketika kejadian dia sedang bermain permainan video sebelum dikejutkan panggilan isteri meminta untuk mengambil anaknya.

“Tengah ‘syok’ main ‘game’, tiba-tiba orang rumah panggil suruh ambil anak.

“Ingat ada apa lah, bila tengok video ni balik haish seram!,” ujarnya.- MHE TV

Sumber: MHE TV

“Cepat dia jalan” – Siapa nenek jalan bongkok tepi air terjun? Ibu tiba-tiba p3ngsan

KUALA LUMPUR – Seorang ibu dikatakan p3ngsan selepas ternampak kelibat ‘nenek kebayan’ di kawasan air terjun di Perak baru-baru ini.

Video itu tular di media sosial dan aplikasi WhatApss itu dipercayai berlaku sekitar pukul 4 petang pada 11 April lepas di Air Terjun Ulu Kenas di Perak.

Berdasarkan video itu, seorang ibu merakam video menggunakan telefon bimbitnya sebelum ternampak satu lembaga di atas batu seperti orang tua berpakaian lusuh, rambut mengurai dan bertongkat.

“Ana, Fatah..balik, balik” kata ibunya dalam video yang sama.

Selepas itu, ibukanak-kanak terbabit masih ralit mandi ketika itu dilihat tidak menyedari ada lembaga yang berdiri atas batu itu memandang ke arah mereka dari belakang.

Selepas itu, ibu terbabit dalam rakaman video mendapati lembaga yang sama sudah berubah kedudukan dengan pantas di sebelah kanan berhampiran tebing sungai sebelum dikatakan p3ngsan.

Dalam rakaman video itu terdengar audio kanak-kanak itu menjerit mencari ayahnya dan berkata ibunya p3ngsan.

Video itu berdurasi hampir dua minit dan sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan klip video tersebut.

Bagaimanapun, warganet mempunyai pelbagai pendapat termasuk mendakwa video itu diedit melibatkan percantuman dan ada yang kata ia hanya satu lakonan.

Namun tidak kurang juga mempercayai lembaga yang dirakam itu nenek kebayan dan mendakwa pernah mengalami situasi yang serupa.

Ada juga yang kata kawasan air terjun di Perak itu memang dikenali sebagai ‘kawasan keras.’- MalaysiaGazette

Sumber: MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. kasutpuma.com

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top