Viral

Tolak Motor Pancit Bersama Anak Untuk Cari Kerja, Ini Yang Berlaku Kepada Lelaki Ini Selepas Kisahnya Tular

Bapa kepada lapan anak yang menjadi tular selepas tayar motosikal ditunggangnya pancit membawa anak berumur 6 tahun untuk mencari pekerjaan di Pulau Pinang, memaklumkan dia menerima pelbagai tawaran kerja selepas insiden berkenaan.

Mohd Shahrul Abd Rahim, 45, berkata dia tidak menyangka begitu ramai masyarakat prihatin kejadian yang menimpanya pagi semalam dan terharu serta mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang diberikan.

Menurut Mohd Shahrul, ketika kejadian dia dalam perjalanan bersama salah seorang anaknya dari rumah mereka di Selekoh, Bagan Datuk menaiki motosikal bagi mencari pekerjaan di Pulau Pinang.

” Kami hidup bukan senang mana, jadi saya cuba mencari pekerjaan di Pulau Pinang dengan menaiki motosikal tak sangka masa atas jambatan tayar motosikal saya pancit dan kebetulan ada kemalangan di hadapan saya.

” Masa saya lalu ada hamba ALLAH ini teguvr dan bertanya, dia amat prihatin tetapi saya tidak mahu menyusahkan sesiapa kerana selagi boleh usaha saya usaha, tapi ternyata insan ini bersungguh membantu saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Mohd Shahrul yang bekerja kampung berkata, individu yang membantvunya itu dikenali dengan nama Syed dan mengikutnya dari belakang memastikan keselamatan dia dan anaknya hingga tiba di bengkel motosikal.

Terima banyak panggilan tawarkan kerja
” Selepas itu dia minta izin untuk berkongsi kisah saya. Sejak dari semalam saya menerima pelbagai panggilan malah ada yang menawarkan saya pekerjaan kebanyakannya sebagai pemandu seperti van kilang dan bas.

” Tapi saya tidak ada lesen, jadi saya terpaksa menolak tawaran berkenaan, secara jujurnya memang saya rasa terharu dengan keprihatinan rakyat kita membantu mereka yang susah,” katanya.

Ketika dihvubungi Mohd Shahrul turut memaklumkan dia dalam perjalanan ke Pulau Pinang menaiki motosikalnya untuk mencari pekerjaan dengan ditemani anaknya yang lain hari ini.

Kisah Mohd Shahrul tular selepas ia dimvuat naik di dalam laman Facebook Komuniti Kepala Batas mengenai kegigihan beliau merantau mencari kerja menaiki motosikal dari Bagan Datuk ke Pulau Pinang.

Dia dikatakan menolak motosikalnya selepas tayar hadapannya pancit sejauh 10 kilometer sambil diekori oleh individu yang membantunya sebelum dia dibawa menikmati nasi kandar selepas tayarnya dibaiki.

Berikut antara perkongsian yang dimuat naik oleh individu tersebut;
Aku mintak no hp dia, bila aku call, takda bunyi, lepas tu dia kelvuarkan hp dia, rupanya bateri kong. Dia guna hp brand china yg paling murah yang amat. Memang tekan pun plastik semata mata.

Lepas bagi no hp tu, dia teruskan perjalanan nak balik katanya. Muvngkin dia dah penat & letih sangat.

Aku cuma dapat tolong dia tukaq tayar & belanja makan. Semoga urusan dia dipermudahkan.

Sedih betul teman dia td. Sepanjang aku duduk dengan dia, dia senyum sentiasa walaupun aku faham, dia datang jauh ni memang betul2 perlukan bantuan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. kasutpuma.com

Kredit syed hassen (king)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top