Viral

Kisah Rasulullah SAW Terhidu Bau Wangi Mashitah, Si Penyisir Rambut Anak Firaun

Memetik artikel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Cawangan Sabah), perjalanan Baginda bermula dari langit pertama hingga ketujuh sebelum naik ke Sidratul Muntaha dan kemudian ke Mustawa’.

Peristiwa tersebut merupakan satu mukjizat besar yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW, junjungan kita kerana belum pernah ada manusia di muka bumi ini yang melalvui perjalanan seumpama itu.

Peristiwa itu turut dirakam dalam surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud:
Rasulullah diangkat naik dari langit pertama hingga ketujuh pada peristiwa Israk dan Mikraj

” Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuvk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Kejadian Israk dan Mikraj juga berhubung kait dengan perintah Allah SWT tentang menunaikan ibadah solat.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Ahmad Sanusi Azmi menerusi perkongsian di Facebook miliknya menceritakan tentang insiden menarik yang terjadi pada malam Israk dan Mikraj.

Rasulullah SAW terhidu bauan yang sangat wangi ketika dalam perjalanan ke langit
Seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Rasulullah SAW dikatakan terhidu bavvuan yang sangat wangi ketika dalam perjalanan ke langit itu.

Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
SURAH AL-ISRA’

Lalu, Baginda bertanya kepada Jibril: “Wahai Jibril, apakah bau yang sangat wangi ini?”

Jibril menjawab, bau tersebut adalah bau Mashitah, tuvkang sikat kepada anak perempuan Firaun.

Menurut riwayat tersebut, Mashitah menyebut lafaz “Bismillah” ketika sikatnya terjatuh sewaktu menyisir rambut puteri Firaun.

Insiden itu menimbulkan kemarahan Firaun yang menganggap dirinya Tuhan dan serta merta memerintahkan supaya Mashitah dipanggang, manakala anak-anaknya pula dicampak ke dalam minyak yang mendidih.

Bagaimanapun, Mashitah yang istiqamah dan tsabat (cekal/kukuh) dengan hukuvman itu akhirnya mentitiskan air mata apabila tiba giliran anaknya yang sedang menyusu dan dikendong untuk diperlakukan sedemikian rupa.

Firaun mengarahkan agar anak-anak Mashitah dicampak ke dalam minyak yang mendidih selepas mengetahui tukang sikat puterinya itu mengakui ada Tuhan lain selain dirinya – GAMBAR HIASAN

Bayi Mashitah dikurniakan karamah untuk dengan ibunya
Lalu Allah SWT mengurniakan karamah yang tidak pernah terlintas di fikiran Mashitah, bayinya dikurniakan kelebihan bercakap untuk menenangkan dirinya.

Didorongnya ibunya, Mashitah supaya segera terjun ke kawah. Antara lain kata-kata anaknya: “Wahai ibu! Marilah kita menyusul ayah. Sesungguhnya syurga menanti kita.” Mendengar kata-kata anaknya itu, Mashitah dengan penuh rasa kehambaan lantas terjun ke dalam kawah yang sedang menggelegak airnya.

Pengawal mengacau kawah dengan sudip besi seperti mereka merebus ikan. Mat1lah Mashitah bersama-sama suami dan anak-anaknya demi untuk mempertahankan keimanan dan akidah mereka yang suci. Tetapi Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana.

Sebarang kezaliman dan kekejaman tidak dibiarkan berlaku begitu sahaja. Allah telah meruntuhkan kerajaan dan istana Firaun di mana Hamman dan pegawai-pegawai yang membunuh Mashitah dan keluarganya ma ti terperangkap dalam runtuhan istana tersebut.

Sebaliknya Mashitah dan keluarganya akan dimvuliakan Allah. Walaupun mereka hidup susah, hina dan menderita di dunia, di akhirat kelak mereka akan hidup dalam keadaan bahagia dan gembira.

” Begitu juga peristiwa Israk yang menguji iman dan istiqamahnya seorang Muslim dalam jalan aqidah yang dianutinya.

” Hari ini pelbagai ujian menimpa umat Islam. Sehinggakan bumi tempat berlakunya Israk dan Mikraj dibinasakan oleh penjajah Yahudi.

” Semoga Allah mengurniakan kepada kita semangat yang cekal dan istiqamah dalam mendaulatkan Islam,” kata Ahmad Sanusi pada posting tersebut.

Tambahnya, ujian yang sama turut menimpa kaum Mvuslimin yang lain seperti di Syria, Iraq, Palestin dan Afganistan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. kasutpuma.com

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top