Viral

Kejadian Sebenar Wanita Misteri ‘Tabur’ Duit Akhirnya Terbongkar, Pemandu Teksi Dedah Ini Sebab Berlaku

Tindakan seorang wanita warga Indonesia membelanjakan kira-kira RM2,500 setiap hari untuk membayar puluhan pemandu teksi bergambar dengannya di sini mencetuskan tanda tanya.

Lebih misteri, kejadian di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tun Razak, Terminal Bersepadu Selatan (TBS) , KL Sentral dan Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) itu berlarutan selama empat hari tanpa diketahui tujuan wanita tersebut berbuat demikian.

Bayar RM 50 setiap seorang untuk bergambar
Setiap hari, wanita yang mengaku sebagai pelancong itu datang bertemvu dengan kira-kira 50 pemandu teksi dan menawarkan bayaran RM50 kepada yang sanggup bergambar sambil memegang kad pengenalan atau lesen memandu.

Pemandu teksi, Zahari Harun,57, berkata, tawaran bergambar oleh wanita itu dikatakan untuk membuktikan dirinya kini berada di Kuala Lumpur kepada ahli keluarganya di Indonesia.

“ Ramai kawan-kawan pemandvu teksi termasuk saya sendiri bersetuju untuk bergambar dengannya kerana tidak mengesyaki apa-apa yang mencurigakan pada mulanya.

“ Bagaimanapun saya mula risau apabila memikirkan ada gambar kad pengenalan saya dalam gambar bersama wanita itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Buat laporan polis
Seorang lagi pemandu teksi, Siti Aishah Ismail, 52 berkata, ekoran kejadian itu dia telah membvuat laporan polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“ Kira-kira 50 orang pemandu teksi bergambar dengan wanita itu setiap hari dan setiap seorang dapat bayaran RM50 walavupun mereka terpaksa beratur panjang.

“ Jika benar mahu buktikan dia berada di Malaysia kepada ahli keluarga, saya rasa cuvkup kalau dia pergi bergambar di Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“ Apa tujuan dia berbuat demikian masih tidak jelas. Saya risau kalau kad pengenalan saya disalahgunakan,” katanya.

Sementara salah seorang pemandu teksi lain pula berkata, sewaktu wanita dan pasangannya itu memberi duit dan mahu bergambar dia hanya mengikutkan sahaja, namun sebaik selepas itu baru mereka mula berasa musykil tujuan dengan niat sebenar wanita terbabit.

” Kita tidak tahu dengan kes sebegini, mana lah tahu sekiranya mereka mahu menipvu dengan menggunakan IC tersebut untuk membuat pasport atau sebarang penipuan lain”, kata pemandu teksi bernama Zahari

Dalam pada itu terdapat warganet yang turut merasakan ada sesuatu yang cuba dilakukan oleh wanita tersebut.

” Kerana rm50 rambang mata semvua tergadai ini dia orang kita mudah dibeli dengan wang demi sesesuatu keselamatan zaman sekarang zaman menipu apa cara hendak tipu”, kata seorang warganet

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. kasutpuma.com

Sumber : utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top